SEORANG pempengaruh media sosial meninggal dunia secara tragis akibat pembekuan darah selepas menjalani prosedur sedut lemak. Elena Larrea, 30, maut akibat embolisme pulmonari pada Selasa selepas menjalani pembedahan beberapa hari sebelumnya. Keluarganya mengesahkan perkara tersebut di media sosial sekali gus mengejutkan ramai pengikut sebelum memberi penghormatan di atas pemergian personaliti media sosial itu. Menurut Khidmat Kesihatan Kebangsaan (NHS), embolisme pulmonari adalah pembekuan darah yang menyekat saluran darah di dalam paru-paru dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan segera. Dalam kes Elena, masih tidak diketahui punca yang menyebabkan bekuan darah terbentuk. Bagaimanapun, didakwa kematiannya adalah tidak disengajakan dan insiden berlaku selepas menjalani rawatan menyedut lemak, baru-baru ini. Elena terkenal sebagai pengasas Cuacolandi, yang merupakan tempat perlindungan haiwan di Puebla, Mexico. Selain itu, Elena juga menumpukan pada aktivisme haiwan, terutamanya melindungi kuda. -Mirror Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube