suria

Jemaah selesai solat tarawih gempar bayi masih hidup ditemukan dalam kotak

Penemuan seorang bayi baru lahir menggemparkan penduduk. -Gambar hiasan

SEKUMPULAN jemaah yang pulang dari solat tarawih digemparkan dengan penemuan seorang bayi di kawasan perumahan.

Bayi lelaki malang itu diletakkan dalam sebuah kotak dengan keadaannya yang masih bernyawa.

Kejadian berlaku di Kampung Gadungan di Puncu, Kediri di Jawa Timur, Indonesia.

Ibu bayi itu didapati merupakan seorang pelajar berusia 19 tahun yang berasal dari Sumatera Selatan.

Gadis berkenaan merahsiakan kehamilannya sehingga mengalami sakit perut pada 17 Mac lalu sehingga melahirkan anak di sebuah sekolah berasrama.

Sejurus bersalin, dia kemudian memasukkan bayi itu ke dalam kotak kadbod dan diletakkan dekat sebuah rumah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kediri, AKP Fauzy Pratama berkata, gadis itu bimbang pihak sekolah dan keluarganya mengetahui dia hamil dan melahirkan bayi.

"Motifnya kerana pelaku didakwa malu dan takut sekiranya ramai mengetahui dia mempunyai bayi," katanya pada Rabu.

Menurut Fauzy, gadis berkenaan mengakui dirinya hamil anak luar nikah, namun pihak polis belum mengetahui bapa kepada bayi tersebut. - Tribun Kediri

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain