suria

Status kesihatan Kate Middleton jadi misteri, kecoh dakwaan cuba akses rekod perubatan

Hospital menyiasat dakwaan pekerja didakwa memeriksa rekod perubatan Kate. -Gambar fail PA

SATU siasatan dilancarkan berhubung dakwaan cubaan memeriksa rekod perubatan Kate Middleton di sebuah hospital terkemuka di London.

Hospital tersebut menyiasat dakwaan mengenai kakitangannya cuba mengakses rekod peribadi Puteri Wales itu.

Difahamkan, sekurang-kurangnya seorang pekerja didakwa melakukan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ada hubungan sulit dengan Putera William, ini jawapan mengejutkan Rose Hanbury!

ARTIKEL BERKAITAN: Kate Middleton buat kemunculan pertama selepas pembedahan... Nampak gembira, sihat

Badan pemantau privasi dan perlindungan data United Kingdom (UK) berkata, pihaknya telah menerima laporan pelanggaran itu.

Jurucakap Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO) pada Selasa berkata: "Kami mengesahkan telah menerima laporan pelanggaran dan sedang menilai maklumat yang diberikan."

Badan pemantau itu boleh mendakwa pelaku dan organisasi kerana mengakses atau berkongsi data individu tanpa kebenaran.

Dakwaan mengejutkan itu timbul selepas dia menjalani pembedahan abdominal di sebuah hospital, pada Januari lalu.

Sementara itu, teori konspirasi mengenai kesihatan Kate terjawab apabila Puteri Wales itu bersama Putera William dilihat keluar bersama ke sebuah kedai di Windsor, pada hujung minggu lalu.

Ia merupakan kemunculan pertama Kate di khalayak sejak menjalani pembedahan. - Mirror

Artikel Lain