suria

Derita sakit misteri berakhir... Nenek maut selepas pembedahan, ada ‘bayi’ dikandung lebih 50 tahun

Daniela menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 'bayi batu' yang dikandungnya selama 50 tahun.

SEORANG nenek berusia 81 tahun meninggal dunia selepas melakukan pembedahan bagi mengeluarkan 'bayi batu' yang dikandungnya selama lebih 50 tahun.

Daniela Almeida Vera meninggal dunia sehari selepas pembedahan mengeluarkan janin itu dari perutnya.

Keluarganya mendedahkan dia terlalu takut untuk berjumpa doktor selama bertahun-tahun, walaupun dia sering mengadu mengalami sakit perut yang teruk.

Menurut anak perempuannya, Rosely Almeida, ibunya sebaliknya memilih perubatan alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.

Keadaan yang dialami Daniela dikenali sebagai lithopedion.

Namun hanya selepas melakukan imbasan tomografi 3D barulah 'bayi batu' yang tersembunyi sejak kehamilan terakhirnya itu ditemui, lapor The Mirror.

Keadaan luar biasa itu dikenali sebagai lithopedion, berlaku apabila janin mati tetapi tidak dapat diserap oleh badan ibu.

Sebaliknya, ia kekal di dalam rongga perut, membentuk cangkang kalsium di sekelilingnya. Daniela kemudian segera dipindahkan ke Hospital Wilayah Ponta Pora di Mato Grosso do Sul, Brazil, kerana mengalami jangkitan.

Sebelum penemuan mengejutkan itu, doktor menyangka dia mungkin menghidap kanser.

Daniela, dari suku orang asli berhampiran sempadan Brazil dengan Paraguay, meninggal dunia, meninggalkan keluarganya yang besar terdiri daripada tujuh anak dan 40 cucu.

Dia menjalani pembedahan pada 14 Mac lalu tetapi tidak berjaya dan meninggal dunia pada keesokan harinya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain