suria

Luluh hati suami curang! Isteri kerja perantauan sanggup beli flight pulang, demi lepas geram

Kejadian berdarah apabila seorang lelaki ditikam isterinya yang mengamuk.

ANGKARA dendam ekoran suami berlaku curang, seorang wanita warganegara Thailand sanggup pulang ke tanah air dari Taiwan untuk menikam suaminya.

Dalam kejadian di sebuah hotel di wilayah Roi Et, rantau Isaan, Thailand, wanita terbabit menggunakan sebilah pisau untuk menikam si suami dan perempuan simpanannya.

Anggota Balai Polis Mueang Roi Et dan pasukan penyelamat bergegas ke hotel itu kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan pada Khamis selepas dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Setibanya di tempat kejadian yang berlumuran darah, polis menemukan dua mangsa yang cedera iaitu seorang lelaki warga Thailand dan seorang wanita berumur antara 25 hingga 30 tahun,

Pasukan penyelamat memberikan pertolongan cemas sebelum mereka dibawa ke Hospital Roi Et.

Penyerang yang ditahan di tempat kejadian dilihat menangis dan mengakui kedua-dua mangsa merupakan suaminya serta perempuan simpanan lelaki itu.

Suspek dan mangsa lelaki mempunyai tiga orang anak.

Wanita yang bekerja di Taiwan itu mendapat tahu tentang kecurangan suaminya melalui rakan-rakan.

Selepas melakukan siasatan, dia mendapati suaminya akan bertemu dengan perempuan simpanan di sebuah hotel pada malam 20 Mac lalu.

Suspek kemudiannya terus menempah tiket penerbangan daripada Taiwan ke Roi Et, dan apabila tiba di lapangan terbang dia terus menuju ke hotel terbabit.

Apabila berdepan dengan suaminya yang sedang bermain kayu tiga, suspek terus beremosi sebelum hilang kawalan dan menyerang mangsa dengan pisau. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain