suria

Nampak tenang, Kate Middleton buat kejutan dedah hidap kanser

Kate membuat pengumuman mengenai dirinya menghidap kanser.

KATE Middleton membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya disahkan menghidap kanser pada usia 42 tahun dan sedang menjalani kemoterapi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Puteri Wales itu sendiri menerusi satu video yang penuh emosi, dirakamkan di Windsor, United Kingdom.

Kate menyifatkan berita mengenai penyakitnya itu merupakan satu kejutan besar.

Tambahnya, beliau dan Putera William telah melakukan segalanya yang termampu untuk melaluinya dan menguruskan hal berkenaan secara peribadi, demi kepentingan keluarga.

Kate (tengah) bersama anak-anak. -Gambar EPA

Pengumuman itu juga dibuat selepas beberapa hari dirinya dilihat tersenyum ketika bersama Putera William sewaktu berkunjung ke sebuah kedai berdekatan kediaman mereka di Windsor.

ARTIKEL BERKAITAN: Status kesihatan Kate Middleton jadi misteri, kecoh dakwaan cuba akses rekod perubatan

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman Kate, William beli-belah pula tersebar... Jalan tersenyum sambil bawa ‘shopping’ beg sendiri

Menurut Kate lagi, suaminya merupakan sumber inspirasi yang memberi semangat untuk dirinya melawan kanser.

Berkongsi mengenai perkara itu sambil duduk di bangku dan berlatarkan keindahan musim bunga, Kate berkata: "Kami mengambil masa untuk menjelaskan segala-galanya kepada George, Charlotte dan Louis (anak-anak) dengan cara yang sesuai untuk mereka, dan untuk meyakinkan mereka bahawa saya akan pulih.

"Seperti yang telah saya katakan kepada mereka; Saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh; dalam fikiran, badan dan kerohanian saya.

"Mempunyai William di sisi saya juga merupakan sumber keselesaan dan jaminan yang hebat. Begitu juga kasih sayang, sokongan dan kebaikan yang ditunjukkan ramai dalam kalangan anda. Ia amat bermakna bagi kami berdua," ujarnya lagi. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain