AKSI lagak ngeri yang membawa padah. Demikianlah kisahnya apabila seorang remaja lelaki menunggang motosikal dengan gaya 'wheelie’ sehingga meresahkan penduduk sebuah kampung di Kabupaten Gowa, wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia. Aksi berbahaya itu dilakukan di hadapan Jl Masjid Raya dan Tumanurung, Gowa. Oleh kerana gaya tunggangan itu berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain, remaja sekolah menengah berusia 16 tahun berkenaan disaman dan motosikalnya disita. Polis tempatan dilaporkan melakukan siasatan dan mengesan keberadaan suspek. Dia dibawa ke balai polis bersama motosikalnya selepas mereka tiba di rumahnya di Gowa. “Suspek 'dijemput' bersama kenderaannya di rumah dan dibawa ke balai polis Gowa,” kata pegawai polis tempatan semalam. Dihadapan polis, remaja itu mengaku tidak akan mengulangi perbuatannya. Motosikalnya ditahan di ibu pejabat polis Gowa. Dia berdepan saman maksimum berjumlah 3 juta rupiah (RM900) kerana melanggar peraturan lalu lintas. - Tribun Timur.com Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube