KEMUNGKINAN merupakan solat tarawih terpanjang di seluruh Indonesia!
Sebuah masjid di Magetan, wilayah Jawa Timur menganjurkan solat sunat tarawih yang berlangsung selama lapan jam.
Jemaah Masjid Agung Al-Fatah yang terletak di kompleks sekolah pondok Al Fatah menunaikan solat tarawih dengan menghabiskan kesemua 30 juzuk dalam satu malam.
Menurut laporan, setiap kali bulan Ramadan tiba, Masjid Al-Fatah melakukan rutin itu.
Solat tarawih tersebut bermula dari pukul 7 malam (waktu tempatan) dan berakhir sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).
Jumlah rakaat yang dilakukan adalah 20 rakaat dengan tiga rakaat solat sunat witir.
Jemaah masjid tersebut terdiri daripada penghafal al-Quran dari sekolah pondok dan tahfiz selain turut diikuti oleh orang ramai.
Namun, disebabkan tempoh masanya yang lama, tidak ramai penduduk setempat dikatakan mengikuti solat tarawih di situ. - Banten.Akurat.com
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube