suria

Gadis dedah surat terakhir BF minta cari pengganti, ditulis setahun sebelum meninggal dunia

Seorang gadis berkongsi kisah kekasihnya yang meninggal dunia. -Gambar TT clauslay

BUKAN mudah mengubati kesedihan selepas kehilangan insan tersayang.

Begitulah juga seorang gadis yang berdepan dengan pemergian teman lelakinya.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, gadis itu meluahkan tentang kekasihnya yang meninggal dunia pada 2023.

Namun, dia tidak menyangka arwah sempat menulis surat untuknya sebelum meninggal dunia.

Surat tersebut ditulis pada 2022. Namun, tidak dinyatakan punca kematian teman lelakinya.

Ia seolah-olah memberi petanda bahawa si kekasih dapat merasakan hayatnya tidak panjang, sehingga menulis surat untuk teman wanitanya buat kali terakhir.

Surat yang ditulis itu mengandungi pesanan supaya gadis berkenaan dapat menemukan penggantinya kelak.

Arwah turut mengharapkan kekasihnya itu bahagian dengan pasangan baharu tanpa dibayangi dirinya.

"Jika kamu menemui pengganti saya, jangan bercakap dengannya tentang saya. Hanya bercakap tentang anda berdua dan bergembiralah," menurut surat tersebut yang ditulis pada 14 Julai 2022.

Di ruangan komen, rata-rata netizen sebak dan bersimpati dengan situasi yang dilalui gadis itu, diikuti dengan kata-kata semangat. - Tribun Trends

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain