suria

Lari bawah tanah, sorok belakang kerusi! Cemas serangan kumpulan bersenjata di konsert... 60 maut, 150 cedera

Keadaan api marak di lokasi kejadian (kiri) dan sekumpulan bersenjata melepaskan tembakan secara rambang. -Gambar AP/Reuters

SEKURANG-kurangnya 60 orang maut, manakala 150 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang dan letupan di sebuah venue konsert.

Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk dan melepaskan tembakan di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow, Rusia pada Jumaat.

Sebelum kejadian, pengunjung hadir ke konsert untuk menyaksikan persembahan sebuah kumpulan rock.

Tangkap layar video orang ramai cuba menyelamatkan diri.

Laporan dari agensi berita Rusia, RIA Novosti memberitahu beberapa lelaki bersenjata menggunakan senjata automatik untuk melepaskan tembakan ke arah penonton di dewan konsert, menyebabkan ramai mangsa cedera.

Kumpulan penyerang turut menggunakan bahan letupan sehingga mencetuskan kebakaran besar.

Puluhan mangsa bersembunyi di belakang tempat duduk di dalam dewan dan melarikan diri ke ruang bawah tanah serta mencari perlindungan di bumbung.

Insiden berlaku dua minggu selepas kedutaan Amerika Syarikat di Rusia memberi amaran bahawa sebuah kumpulan pelampau mempunyai rancangan untuk melancarkan serangan di Moscow.

Pihak berkuasa masih melakukan siasatan dan memburu kumpulan lelaki bersenjata. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain