SEORANG remaja berusia 16 tahun nekad membakar tiga rakannya, gara-gara mendakwa sering menjadi mangsa buli. Akibat tindakan tersebut, dua daripada mangsa meninggal dunia manakala seorang lagi melecur 40 peratus pada anggota badan. Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Siak (Kasatreskrim), Inspektor Tony Prawira, pelaku yang dikenali sebagai EDP, seorang pelajar Pondok Pesantren Nurul Yakin (Ponpes) di Desa Dayun, Riau mendakwa dia sering dibuli oleh mangsa dengan menggunakan kekerasan. "Berdasarkan hasil siasatan, pelaku mengaku sering dibuli mangsa. "Pelaku juga mengakui sering mengalami keganasan ketika berada di pondok," kata Tony. Tambahnya, pelaku bertindak membakar bilik yang didiami mangsa di asrama pondok, dalam kejadian yang berlaku pada 18 Februari lalu. Dua mangsa yang rentung dikenali sebagai FTP (18), dari Bekasi dan NMA (14), dari Siak. Ujarnya lagi, remaja tersebut kini merupakan suspek utama yang jika sabit kesalahan bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun. -Serambinews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube