SALAH seorang daripada pasangan kembar siam popular, Abigail Loraine Hensel dan Brittany Lee Hensel diberitakan sudah berkahwin pada 2021. Abigail atau lebih dikenali sebagai Abby Hensel, 34, dilaporkan berkahwin dengan seorang veteran tentera Amerika Syarikat, Josh Bowling, dalam satu majlis tertutup pada 2021. Gambar perkahwinan Abby turut dikongsi oleh pasangan kembar itu di media sosial mereka. Abby dan kembarnya Brittany Hensel mula meraih populariti selepas muncul dalam rancangan bual bicara The Oprah Winfrey Show pada tahun 1996. Dilahirkan sebagai kembar 'dicephalic parapagus' pada 7 Mac 1990 di Minnesota, masing-masing mengawal separuh badan bagi memudahkan mereka mengendalikan pergerakan tangan dan kaki. Mereka memiliki ketinggian berbeza dengan Abby setinggi 1.57 meter berbanding Brittany yang hanya 1.47 meter. Pasangan yang merupakan guru ini berkongsi semua organ termasuk usus, pundi kencing dan organ pembiakan. -Dailystar Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube