SEORANG pempengaruh media sosial yang mempunyai seramai 7.7 juta pengikut membayar cukai hampir 100 juta yuan (RM65 juta), pada tahun lalu. Bayaran cukai itu sekali gus memperlihatkan potensi kerjayanya yang menguntungkan itu. Pan Yurun, 28, berasal dari bandar Hangzhou di wilayah Zhejiang di China, berkongsi petua penjagaan kulit dan solek di laman sosial Douyin. Lebih dikenali sebagai 'Little Fairy'. dan dia menarik ramai pengikut kerana penampilannya dan personalitinya yang ceria. Menerusi satu video pada 14 Mac lalu, dia mendedahkan sudah membayar cukai sebanyak 95 juta yuan (RM62 juta) pada 2023 dan memaparkan tangkap layar pembayaran cukainya sebagai bukti. "Pembayaran cukai adalah kewajipan semua orang, dan saya sentiasa membayar jumlah penuh tanpa melibatkan diri dalam apa-apa yang dipanggil 'mengelak cukai yang munasabah'," kata Pan. Dengan andaian bahawa Pan membayar kadar cukai pendapatan peribadi tertinggi yang mungkin pada kadar45 peratus, pendapatan tahunannya pada 2023 boleh melebihi 200 juta yuan (RM130 juta). Walaupun angka itu kurang tepat, kejayaan Pan terserlah semasa penstriman secara langsung mengenai produk penjagaan kulit pada Oktober lalu apabila dia meraih hasil jualan harian sebanyak 110 juta yuan (RM71 juta). Sikap telusnya membayar cukai sepenuhnya juga mungkin disebabkan oleh tindakan tegas pihak berkuasa baru-baru ini terhadap selebriti yang tidak membayar cukai, yang boleh dikenakan denda yang tinggi. - SCMP Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube