suria

Buka gerai makan waktu pagi Ramadan, peniaga dikenakan hukuman tegas

Peniaga ini ditangkap membuka gerai makan ketika bulan buasa.

BULAN Ramadan yang mulia seharusnya dihormati.

Namun lain ceritanya bagi sebuah desa di sekitar Meulaboh, Aceh, Indonesia.

Dalam kejadian pada Rabu, seorang peniaga kedai nasi berlauk ditangkap kerana membuka perniagaannya pada waktu pagi ketika bulan Ramadan.

Anggota pentadbiran daerah menangkap peniaga tersebut bersama bahan bukti berupa nasi, ikan goreng, gulai dan telur goreng.

Peniaga itu dikenali sebagai NL, berusia 36 tahun dan merupakan penduduk bukan Islam.

Bagaimanapun, dia menjual makanan itu kepada warga yang beragama Islam.

Ini menyebabkan dia melanggar peraturan tentang akidah, ibadah dan syiar Islam.

Ketua pentadbiran daerah tempatan, Azim NG berkata, peniaga itu diminta membuat akur janji untuk tidak mengulangi perbuatannya.

“Hukuman tegas akan dilaksanakan jika dia mengulangi perbuatan tersebut,” kata Azim. - Serambinews.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain