DI mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Tular kejadian pergaduhan melibatkan seorang pelancong lelaki dari Austria susulan dia enggan mematuhi peraturan tempatan yang ditetapkan. Dalam insdien terbabit pada Rabu, pelancong lelaki itu menyerang seorang pemandu teksi selepas dia dilarang daripada merokok di dalam kenderaan ketika di Phuket, Thailand. Pelancong dikenali sebagai Gernot itu menghisap rokok di dalam teksi selepas tiba di Lapangan Terbang Phuket. Kemudiannya pemandu teksi dikenali sebagai Wutthiporn menegur dan melarang Gernot daripada merokok sehingga mencetuskan kemarahannya. Apabila teksi itu tiba di Pejabat Perbandaran Daerah Kecil Thepkrasattri, pelancong tersebut yang duduk di belakang berpindah ke tempat duduk hadapan dan menyerang Wutthiporn. Tindakannya menyebabkan pemandu teksi tidak dapat mengawal kenderaan yang kemudian melanggar kereta milik seorang lelaki dikenali sebagai Thanongsak. Wutthiporn kemudian membuka pintu teksinya dan meminta bantuan, beberapa orang datang untuk membantunya dan mengubungi polis. Polis menahan Gernot dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara selama sebulan dan denda tidak lebih 10,000 baht (RM1,291). - Khaosod English Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube