RUNSING dengan masalah mati pucuk yang dialami, seorang lelaki bertindak mengambil ubat viagra secara berlebihan pada 2 April lalu. Dia kemudian bertindak menguji keberkesanan ubat tersebut dengan memasukkan alat sulitnya ke dalam botol. Selepas mendapati ubat tersebut 'berfungsi' lelaki berusia 65 tahun ini membiarkan alat sulitnya berada di dalam botol selama tiga hingga empat jam. Berharap kesihatan 'lelakinya' berfungsi seperti biasa selepas kesan ubat tersebut hilang, dia yang berasal dari Taling Chan di Bangkok, Thailand ini tidak menyangka alat sulitnya akan terperangkap di dalam botol sepanjang hari. Ekoran daripada itu, dia memotong bahagian bawah botol plastik supaya dapat membuang air kecil. Bagaimanapun, tindakannya itu tidak berhasil sehingga menyebabkan alat sulitnya mula membengkak dan berdarah. Dia kemudian mendapatkan bantuan daripada pasukan penyelamat pada pukul 2.30 petang, keesokan harinya. Dalam pada itu, pasukan penyelamat menyatakan mereka mengambil masa kira-kira satu jam untuk memotong mulut botol bagi mengelakkan kecederaan pada lelaki terbabit. - Thaiger Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube