suria

Anggap budak perut buncit perkara normal, ayah tak sangka anak meninggal dunia selepas 12 minggu

Anak Andrew meninggal dunia ketika berusia dua tahun

PERKEMBANGAN fizikal dan peningkatan saiz pada kanak-kanak berusia bawah dua tahun adalah normal.

Namun situasi berbeza berlaku pada sebuah keluarga di Manchester apabila perubahan fizikal yang berlaku telah meragut nyawa anak mereka.

Berkongsi insiden menyayat hati itu, Andrew berkata, dia pada awalnya beranggapan perut anak lelaki yang baru berusia dua tahun buncit disebabkan sedang membesar.

Malah mereka telah membelikan kelengkapan baharu demi keselesaan kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun, selepas beberapa minggu, anaknya mengalami semput dan batuk berterusan sebelum disahkan menghidap bronkitis iaitu keradangan saluran pernafasan yang biasanya hilang dengan sendiri ketika mendapatkan rawatan di klinik.

Keadaannya yang semakin teruk, membuatkan dia dibawa ke Hospital Kanak-kanak Manchester dan diberikan rawatan lanjut sebelum doktor menyedari keadaan perutnya yang bengkak.

Susulan daripada itu, anaknya disahkan menghidap leukemia.

Bagaimanapun selepas tempoh 12 minggu pembedahan dijalankan, anaknya disahkan meninggal dunia berikutan tidak memberi sebarang tindak balas pada rawatan susulan. - Mirror.co

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain