TRAGIS, seorang abang didakwa membunuh adik kandungnya ketika mangsa sedang tidur di bilik. Kejadian berlaku pada Ahad, hanya beberapa hari menjelang umat Islam menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal. Dalam kejadian di Blora di Jawa Tengah, Indonesia itu, suspek dipercayai mengalami gangguan mental. Suspek mendakwa mendengar bisikan ghaib sehingga membunuh adiknya sendiri. "Suspek melakukannya kerana menerima bisikan daripada arwah abangnya yang meninggal dunia, supaya membunuh adiknya," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Blora, AKP Selamet, pada Ahad. Menurut Selamet, pembunuhan itu berlaku di Kampung Sambeng di Todanan, pada 1 pagi dan menahan suspek. Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk sebilah parang sepanjang 50 sentimeter. Selamat berkata, kes masih dalam siasatan polis termasuk pemeriksaan kesihatan mental suspek. - Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube