suria

Tragis! Pemilik butik maut diserang pelanggan selepas tegur selipar kotor

Kekecohan di luar butik pakaian selepas insiden berlaku.

PASTINYA gerun apabila perasaan amarah seseorang mengatasi kewarasan akalnya.

Begitulah kisahnya apabila seorang pelanggan dilaporkan mengamuk dan tergamak membunuh pemilik butik pakaian di Indonesia hanya kerana ditegur mengenai seliparnya yang kotor.

Kejadian terbabit berlaku pada 1 April lalu di Tangerang, wilayah Banten, Indonesia.

Ketegangan tercetus apabila mangsa sedang mengemop lantai dan suspek kemudiannya memasuki butik dengan memakai selipar.

Mangsa menegur suspek kerana mengotorkan semula lantai yang baru dibersihkannya apabila berjalan menggunakan selipar yang dipakainya itu.

Walau bagaimanapun, suspek tidak menerima teguran tersebut dengan baik dan mula mengeluarkan kata-kata kesat sehingga mereka akhirnya bertengkar.

Suspek kemudian mengambil pedang dari keretanya dan melibas perut mangsa

Setelah menyedari kesilapan yang dilakukannya, suspek cuba melarikan diri namun gagal kerana orang ramai sudah merosakkan keretanya sambil membaling batu ke arahnya.

Suspek seterusnya menyerah diri kepada pihak polis selepas melarikan diri ke kawasan Jatiuwung, Kota Tangerang, Indonesia. - wartaidore.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain