SATU fenomena yang di luar jangkaan. Begitulah kisahnya apabila beberapa ‘cincin asap’ terbentuk di sebuah gunung berapi di Itali yang menarik perhatian netizen dan menjadi tular di platform media sosial. Gunung Etna di Rom, Itali mengeluarkan lebih banyak asap daripada gunung berapi lain. Ia berlaku disebabkan oleh pembebasan berterusan wap dan gas yang jarang terjadi kepada gunung berapi lain. Menurut pakar, jisim gas yang meningkat dengan cepat melalui bahagian tengah saluran akan mendorong kepada pembentukan cincin dengan menyelubungi gas dalam pergerakan pusaran. Fenomena ini membuatkan penduduk tempatan menamakan gunung berapi itu sebagai ‘Lady of the Rings’. - CNN Indonesia Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube