suria

Akibat penat cuci najis, lelaki pukul anak tiri alami cirit-birit sehingga maut

Suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai dipukul bapa tirinya kerana sering membuang air besar.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sumatera Barat, Indonesia.

Memetik laporan Tribun Medan, suspek berusia 38 tahun mengakui stres dan tertekan ketika memukul anak tirinya berikutan mangsa sering membuang air besar disebabkan mengalami cirit-birit.

Mangsa ditemukan dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri oleh ibunya yang baru tiba di rumah tersebut.

Panik dengan situasi yang berlaku, mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan telah meninggal dunia.

Suspek yang melarikan diri selepas menghantar mangsa, bagaimanapun berjaya ditahan pasukan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan