suria

Akibat sering bertengkar, wanita warga emas ditetak anak lelakinya sendiri

Penggunaan senjata tajam adalah satu kesalahan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki sanggup menetak ibu kandungnya dengan menggunakan parang pemotong daging di sekitar rumah mereka di Jakarta Barat, Indonesia.

Memetik laporan Detik News, suspek berusia 46 tahun pada awalnya bertengkar dengan ibunya yang berusia 60 tahun sebelum bertindak memukul dan menetak mangsa pada Selasa.

Susulan daripada itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta tangan dan sedang dirawat di hospital.

Pihak polis berjaya menaham suspek bagi membantu siasatan namun masih belum mengetahui punca sebenar kejadian tersebut.

Walaubagaimanapun, laporan awal daripada saksi menyatakan suspek dan ibunya sering bertengkar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain