suria

15 tahun tak beraya bersama keluarga, luahan pemandu bas bikin sebak... Sayu isteri macam janda

Febri mencari rezeki sebagai pemandu bas. -Gambar hiasan

SAYU dengan luahan seorang pemandu bas yang tidak pernah pulang beraya bersama keluarga, selama 15 tahun.

Lelaki berusia 32 tahun itu mencari rezeki sebagai pemandu bas antara bandar dan antara wilayah.

Memetik dari WartaKota, Febriana Herani berkata, setiap kali hari lebaran dia akan memandu bas antara Wonogiri dan Sumatera, Indonesia.

Menurutnya, dia tidak pernah merasai sambutan Aidilfitri bersama keluarga di Padegelang, Banten selama 15 tahun.

Walaupun takbir sudah berkumandang, dia masih berada di jalan raya membawa puluhan penumpang, bagi membolehkan mereka pulang ke kampung halaman masing-masing bersama keluarga.

Mesra disapa Febri, katanya dia tiada pilihan lain selain melakukan pekerjaan itu kerana menjadi pemandu merupakan satu-satunya kebolehannya.

Selain itu, pendapatan pemandu apabila tiba hari raya sudah lebih daripada cukup untuk menggembirakan anak dan isteri di kampung halaman.

Namun, Febri tidak menafikan dirinya amat merindui keluarga terutama dua anaknya.

"Sedih, sedih, tapi terpaksa melakukannya kerana faktor kewangan, mahu cari duit," kata Febri di Terminal Kalideres, Jakarta Barat, pada Isnin.

Bukan hanya dirinya merindui keluarga, malah isterinya turut berasa sunyi setiap kali tiba Hari Raya.

"Apa yang paling menyedihkan apabila isteri saya kelihatan seperti janda kerana saya tiada di rumah. Jadi saya suka bertanya, doakan saya sahaja," kata Febri. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan