suria

Lelaki menyamar jadi pesakit, cuba rogol doktor di hospital... Mangsa akhirnya dapat periksa sesuatu

Rakaman CCTV menunjukkan suspek di kawasan hospital. -Foto X redskullxxx and Maticon

SEORANG lelaki menyamar sebagai pesakit sebelum cuba merogol seorang doktor di sebuah hospital.

Dalam kejadian yang berlaku di wilayah Isaan, Maha Sarakham di Thailand pada Ahad, mangsa bagaimanapun terselamat.

Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal curi.

Ketika kejadian, doktor berusia 31 tahun itu memberitahu dia bersendirian di kaunter perkhidmatan sehenti.

Suspek yang berusia 19 tahun tiba di hospital dan minta untuk membersihkan luka di kakinya.

Dia bagaimanapun menolak untuk mendaftar menggunakan kad pengenalannya, dengan mendakwa melarikan diri dari rumah ibunya.

Lelaki itu menjelaskan kepada doktor bahawa dia telah bertengkar dengan ibunya dan seterusnya meninggalkan rumah.

Hasil pemeriksaan mendapati luka telah sembuh, menyebabkan mangsa enggan membersihkannya.

Suspek kemudian mengadu sakit akibat luka itu dan meminta ubat.

Menurut mangsa, pesakit itu tiba-tiba mendekatinya dari belakang, mencekiknya dan menutup mulutnya dengan tangannya.

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melarikan diri dari hospital untuk mencari bantuan.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis dan suspek kini diburu. Kes masih dalam siasatan. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan