suria

Misteri mayat berdarah ditemukan di dapur, tuan rumah hidap demensia jadi keliru

Mayat seorang isteri ditemukan di dapur. -Foto BBC

SEORANG lelaki yang menghidap demensia didakwa membunuh isterinya ditahan polis selepas memaklumkan jirannya tentang penemuan mayat di dapur.

John Pryde, 77, dikatakan 'tenang tetapi keliru' apabila polis tiba di rumahnya di Fishcross, Clackmannanshire di Scotland dan mendapati isterinya, Kate dalam keadaan berlumuran darah.

Mahkamah Tinggi di Dundee mendengar keterangan John Pryde yang juga dikenali sebagai Ian, yang seolah-olah tidak tahu bahawa mayat yang ditemukan adalah isterinya sendiri berusia 74 tahun.

"Mangsa sudah meninggal dunia, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. Saya kemudian memeriksa orang lain di dalam rumah. Saya nampak Ian di ruang tamu.

"Dia kelihatan tenang tetapi keliru. Dia tidak pasti apa yang berlaku," kata seorang wanita berusia 26 tahun yang tiba di lokasi kejadian.

Suspek memberitahu dia tidak pasti siapa yang berbaring di dapur dan jirannya memaklumkan itu adalah isterinya.

Pryde tidak hadir di mahkamah kerana penghidap demensia itu berada di hospital selepas dianggap tidak layak untuk dibicarakan pada perbicaraan awal.

Dia didakwa atas pembunuhan isterinya pada Mac tahun lalu.

Pryde didakwa membunuh isterinya dengan menyebabkan kecederaan akibat objek tumpul pada kepala, leher dan badan mangsa.

Perbicaraan dan sebutan kes diteruskan. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain