GARA-gara berang bertengkar dengan isteri, seorang lelaki tergamak menekup muka anak kecilnya berusia dua tahun menggunakan bantal. Video kejadian menyayat hati itu tular di media sosial. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Medan Marelan di Kota Medan, Indonesia pada Selasa lalu. Menerusi video yang tular, suspek menekup muka anaknya dengan bantal sebelum menekan bantal tersebut menggunakan kakinya. Walaupun kedengaran kanak-kanak kecil itu meraung dan menangis kesakitan, namun si bapa terus menekupnya. Suspek ditahan polis dan kes dalam siasatan. -Foto Polis Pelabuhan Belawan Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pelabuhan Belawan, Inspektor Riffi Noor Faizal mengesahkan kejadian itu berkata, ia berlaku pada Selasa lalu. Menurutnya, kejadian bermula apabila suspek berusia 28 tahun dan isterinya bertengkar. "Ibu mangsa meminta suspek iaitu suaminya membeli beras. Namun suaminya tidak membelinya sehingga ibu mangsa marah," kata Riffi dalam kenyataan, pada Khamis. Bukan sekadar itu, beliau berkata, suspek turut memaksa isterinya memuat naik perbuatannya di status WhatsApp isterinya. "Video aksi suspek tular media sosial, namun perlu kami jelaskan bahawa pelaku telah ditahan sebelum video itu tular," tegas Riffi. Bagaimanapun, Riffi tidak mengulas tujuan suspek melakukan aksinya dan meminta untuk ditularkan. "Kita telah menahan suspek dan kes masih dalam siasatan," ujarnya. - Kompas Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube