suria

Enam maut, bayi 9 bulan antara yang cedera ditikam secara rambang di pusat beli-belah

Penyerang berjaya ditembak mati oleh seorang pegawai polis wanita. -Gambar media sosial

ENAM individu maut manakala beberapa yang lain termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan cedera, apabila seorang lelaki bersenjatakan pisau menyerang pengunjung di sebuah pusat beli-belah di Westfield Bondi Junction, Sydney, sekitar jam 4 petang Sabtu (waktu tempatan).

Bagaimanapun sejurus selepas kejadian, penyerang berkenaan berjaya ditembak mati oleh seorang pegawai polis wanita.

Menurut polis, penyerang dipercayai merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun, tetapi masih belum dikenal pasti secara rasmi.

Motif serangan masih belum diketahui dan penyerang dipercayai bertindak sendirian.

Video mengenai insiden berkenaan turut tular di media sosial.

Rakaman daripada kamera keselamatan turut menunjukkan seorang lelaki memakai jersi liga ragbi Australia berlegar-legar di pusat beli-belah itu dengan sebilah pisau besar. -CNA

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan