suria

Wanita berstatus isteri orang dibunuh kekasih gelap, disyaki kerana hamil hasil hubungan terlarang

Pelaku kes pembunuhan bakal berdepan dengan hukuman yang berat. -Gambar hiasan

MAYAT seorang wanita yang sedang hamil ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah kedai di Kelapa Gading, utara Jakarta, pada Sabtu, disyaki menjadi mangsa pembunuhan.

Menurut polis, mangsa yang dikenali sebagai RN dan berasal dari Lampung, disyaki dibunuh oleh teman lelakinya yang juga berasal dari wilayah sama.

Berdasarkan siasatan awal, motif pembunuhan tersebut adalah kerana pelaku mahu menutup aib disebabkan mangsa, yang masih berstatus isteri orang serta sudah mempunyai tiga cahaya mata, sedang hamil anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang mereka.

"Motifnya ialah pelaku ingin menutup hubungan terlarang mereka yang telah menghasilkan bayi dalam kandungan. Kerana mangsa masih berstatus isteri orang," tambah jurucakap polis.

Menurutnya lagi, mangsa berhijrah ke Jakarta untuk bekerja manakala suami dan tiga anaknya menetap di kampung.

"Berdasarkan keterangan dua saksi, berlaku pertengkaran antara mangsa dan pelaku sebelum mayatnya ditemui," tambahnya lagi.

Memetik laporan Kompas.com, pelaku sudah berjaya diberkas polis namun tiada keterangan lanjut dibuat mengenainya setakat ini.

Sementara itu polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. -Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain