suria

Selepas UAE dan Oman, Madinah pula dilanda banjir teruk

Video yang dikongsi di laman sosial menunjukkan situasi banjir di Madinah.

BANJIR dan hujan lebat melanda beberapa bahagian Arab Saudi, sekali gus memaksa penutupan jalan raya dan sekolah, lapor The Arab News.

Dilaporkan, hujan lebat yang bermula sejak Isnin di wilayah Al-Ula dan Madinah, menenggelamkan beberapa kawasan dengan kenderaan turut dihanyutkan arus deras.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial juga menunjukkan hujan lebat di kawasan Masjid Nabawi.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) turut mengeluarkan amaran perjalanan susulan cuaca buruk sejak beberapa hari lalu.

Terdahulu pada Isnin, NCM mengeluarkan amaran tahap merah bagi wilayah Madinah, dengan meramalkan hujan lebat dan ribut petir, yang mana amaran itu secara khusus turut meliputi wilayah Al-Ula.

Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi juga menggesa penduduk supaya berhati-hati dan menjauhi laluan yang berisiko.

Bencana ini berlaku selepas banjir kilat melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman, sekitar dua minggu lalu. -The Arab News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain