suria

Pengantin perempuan rupanya ‘wanita jadian’! Akhirnya mohon maaf, bayar pampasan kepada pihak lelaki selepas kantoi

Kisah pasangan dari Cianjur ini hangat diperkatakan selepas 'pengantin perempuan' kantoi menyamar menjadi wanita. -Foto Istimewa/Detik

KISAH pernikahan pasangan mempelai di Cianjur, wilayah Jawa Barat hangat diperkatakan selepas pengantin 'perempuan' rupa-rupanya lelaki yang menyamar menjadi wanita.

Menurut keluarga pengantin lelaki, perkara tersebut terbongkar selepas mereka menyiasat latar belakang keluarga 'pengantin perempuan'.

Difahamkan pasangan berkenaan berkenalan menerusi media sosial, di mana 'pengantin perempuan' menggunakan nama samaran Andini Kanza serta sering berpakaian wanita.

Bagaimanapun selepas terbongkar, keluarga kedua-dua pihak memilih untuk berbincang dan berdamai.

"Kedua-dua mereka telah menandatangani surat perjanjian untuk tidak meneruskan perkara itu," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, Ridwan Taupik.

Ujarnya, 'pengantin perempuan' yang dikenali sebagai ESH juga telah memohon maaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya.

Malah dia bersedia untuk membayar pampasan kepada keluarga pengantin lelaki di atas segala kerugian.

Bapa pengantin lelaki akhirnya bersetuju untuk berdamai memandangkan keadaan ibu bapa ESH yang sudah lanjut usia dan uzur. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain