suria

Wanita jamu anak tiri minum kopi campur racun tikus! Mangsa umur 11 tahun menggelupur atas lantai

Wanita itu meracun anak tiri kerana marahkan suaminya.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Seorang wanita Indonesia didakwa cuba membunuh anak tirinya menggunakan racun tikus.

Menerusi video yang mula tular pada Rabu, mangsa yang berusia 11 tahun dilihat menggelupur di atas lantai selepas dia diracun oleh pelaku.

Ia berlaku di sebuah kediaman di Jalan Dusun Siluang III, Tanjung Medan, Rokan Hilir di Riau pada Ahad lalu.

Selepas ditahan polis, wanita berusia 44 tahun itu mengaku dia memberikan kopi yang dicampur dengan racun tikus kepada anak tirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bunuh, kerat isteri! Letak daging mangsa dalam bekas, jual kepada penduduk kampung

"Keluarga datang ke balai polis membawa pelaku. Setelah disiasat, pelaku mengakui memberi kopi yang dimasukkan atau dicampur dengan racun tikus.

"Pelaku bertindak kejam kerana kesal suaminya yang tak mahu balik kampung ketika lebaran lalu.

"Motif dendam, jadi pelaku ini berdendam dan kesal dengan suaminya. Ketika raya, pelaku mengajak suaminya pulang kampung, tapi dia menolak," ujar Ketua Polis Daerah Rohil, Andrian Pramudianto. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain