suria

Remaja ajak 9 kawan rogol kekasih umur 14 tahun… Dua hari jadi mangsa pemuas nafsu dalam taman rimba

Kes rogol boleh memberi kesan buruk terhadap emosi dan mental mangsa. -Gambar hiasan

BUKAN sahaja dirogol teman lelaki, seorang remaja perempuan turut menjadi mangsa pemuas nafsu sembilan lagi individu lain.

Menerusi kejadian di Belgium pada awal April lalu, mangsa yang berusia 14 tahun dirogol teman lelakinya selepas dia dibawa ke sebuah taman rimba.

Lebih mengejutkan, lelaki berusia 14 tahun itu turut membawa sembilan lagi rakannya yang berusia antara 11 hingga 16 tahun untuk merogol mangsa.

Difahamkan, gadis itu pada awalnya dibawa kekasihnya ke sebuah kawasan taman rimba yang popular dengan aktiviti berbasikal atas gunung.

Apabila tiba ke lokasi berkenaan, mangsa diserang oleh kekasihnya sebelum rakan-rakan lelaki itu turut merogolnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis diumpan makan malam, rupanya helah BF nak puaskan nafsu... Siap upah 2 rakan rogol kekasih!

Selain dirogol, mangsa yang diletakkan di kawasan hutan selama dua hari turut didera dan diseksa oleh kumpulan remaja itu.

Mereka turut membuat rakaman video aib mangsa sebelum ia disebarkan menerusi media sosial.

Penularan video itu akhirnya membawa kepada penahanan 10 suspek, bermula pada 25 April lalu.

Kesemua mereka kini sedang disiasat pihak polis.

Menurut polis, suspek yang berusia 11 tahun tidak merogol mangsa, sebaliknya ditugaskan untuk meninjau kawasan itu ketika serangan berlaku. - Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain