suria

17 tahun tanggung derita, lelaki alami bengkak zakar akhirnya jumpa doktor

Segelintir lelaki memiliki ego yang tinggi untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah kelelakian. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang mengalami bengkak zakar menanggung derita selama 17 tahun kerana dia tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital.

Selepas hampir dua dekad, lelaki itu akhirnya berjumpa dengan doktor sebelum dia disahkan dijangkiti cacing mikroskopik yang menyebabkan keradangan pada bahagian alat sulit dan kakinya.

Dia didiagnosis dengan filariasis limfatik kronik.

Ia merupakan jangkitan parasit yang disebarkan oleh nyamuk.

Penyakit itu menyebabkan cacing yang dikenali sebagai nematod menyerang sistem limfa, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan dan mengekalkan keseimbangan cecair badan.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), filariasis limfa dianggap sebagai penyakit tropika yang diabaikan.

Lebih 120 juta orang di 72 negara di Asia, Afrika, Pasifik Barat, dan bahagian Caribbean dan Amerika Selatan terjejas oleh penyakit tropika, kata CDC.

Walaupun lelaki berusia 72 tahun itu tinggal di Switzerland selama 20 tahun, dia telah berhijrah ke sana dari Zimbabwe 20 tahun sebelumnya.

Laporan mengenai pesakit itu diterbitkan menerusi New England Journal of Medicine oleh doktor di Hospital Universiti Basel. - The Sun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain