SETIAP majlis mempunyai protokol dan peraturannya yang tersendiri. Terbaharu, sebuah majlis perkahwinan yang akan diadakan teruk dikecam netizen gara-gara 15 peraturan yang ditetapkan oleh pengantin. Poster memaparkan 15 peraturan yang dihantar kepada tetamu itu disiarkan menerusi laman Reddit sehingga tular dan menjadi bualan ramai. Menurut poster itu, tetamu tidak dibenarkan mengubah tempat duduk masing-masing sepanjang majlis berlangsung. Ketetapan itu sebenarnya agak normal memandangkan tempat duduk atau meja setiap tetamu disusun mengikut kategori seperti keluarga, rakan dan sebagainya. Namun, ramai netizen tidak berpuas hati apabila para tetamu juga diarahkan untuk minum dengan laju tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Selain itu, tetamu juga 'dipersilakan' untuk pulang sekiranya mereka tidak menggemari muzik yang dimainkan di majlis itu. Tetamu juga tidak dibenarkan mengkritik majlis itu sekiranya mereka tidak pernah menyumbang wang dalam penganjuran majlis berkenaan. Bertemakan hitam dan emas, tetamu turut dilarang memakai baju berwarna merah, biru, hijau atau putih. Rara-rata pengguna Reddit menyelar pasangan pengantin itu. Malah, mereka turut meminta individu yang menerima jemputan agar tidak menghadiri majlis berkenaan. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube