suria

Ajal di tangan anak! Pemuda bunuh ibu dengan penggembur tanah... Sempat tidur dulu sampai pagi sebelum beritahu jiran

Suspek (kiri) mengaku membunuh ibunya kerana didorong rasa marah. -Foto Sukabumiupdate/Detik

SEORANG pemuda dari Desa Cilandak, Sukabumi, Jawa tergamak mumbunuh ibu kandung sendiri ketika wanita itu sedang tidur di dalam bilik.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Sukabumi, AKP Ali Jupri, kejadian pembunuhan tersebut berlaku pada petang Isnin lalu, namun ia hanya diketahui jirannya pada keesokan hari selepas suspek sendiri membuat pengakuan.

Ujarnya, mangsa yang hanya dikenali sebagai Inas, 43, maut akibat cedera parah di beberapa bahagian badan selepas dibunuh menggunakan alat penggembur tanah.

"Selepas membunuh ibunya, suspek yang dikenali sebagai Herang, 26, tidur terlebih dahulu di dalam biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik ibunya. Suspek tidur dalam keadaan masih memakai pakaian berlumuran darah.

"Setelah tidur, keesokan harinya kira-kira pukul 5 pagi, suspek bangun dan terus ke rumah jirannya dengan wang lebih kurang 300,000 rupiah (RM88).

"Kemudian dia berkata kepada jirannya, 'Tuan, tolong bunuh saya, ini ada wang... saya telah membunuh ibu saya," katanya.

Jelas Ali, suspek dan mangsa tinggal berdua di rumah tersebut selepas kematian bapanya.

"Kita masih menyiasat motifnya, manakala pengakuan suspek mengatakan bahawa dia marah dengan ibunya," kata Ali kepada media. -Sukabumiupdate

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain