SEORANG lelaki maut dibunuh oleh sepupunya sendiri gara-gara pertengkaran yang berpunca daripada mesej dalam grup WhatsApp keluarga. Dalam kejadian tragis di Jaipur, Rajasthan, mangsa yang dikenali sebagai Salman, 25, pergi ke sebuah kedai gunting rambut untuk menenangkan sepupunya iaitu Aslam pada Jumaat malam. Dalam pertemuan itu, Aslam mengeluarkan sebilah pisau dan menikam Salman berkali-kali pada bahagian dada. Seorang lagi individu dikenali sebagai Shahrukh cuba untuk membantu, namun dia turut ditikam di perutnya oleh Aslam. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sawaiman Singh, tetapi Salman meninggal dunia akibat kecederaannya ketika menjalani rawatan pada Sabtu. Keadaan Shahrukh masih kritikal. Menurut Sub-Inspektor balai polis Jaisinghpura Khor, pertengkaran itu berpunca daripada mesej menghina yang ditulis dalam grup WhatsApp keluarga. Suspek melarikan diri, namun polis yakin dapat membawa mereka ke muka pengadilan tidak lama lagi. Video kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian itu turut tular di media sosial. - News Track. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube