PENGGUNA media sosial meluahkan rasa kagum selepas tular video memaparkan sebuah masjid yang 'terselamat' dalam kejadian banjir kilat dan aliran lahar di Tanah Datar, Indonesia. Video berdurasi 24 saat itu menunjukkan binaan masjid tetap kukuh meskipun kawasan sekelilingnya musnah dilanda banjir pada Ahad. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut seorang netizen, masjid berkenaan terletak di Simpang Bukik, Bukik Batabuah, Wilayah Agam. Terdahulu, Badan Pengurusan Bencana Wilayah di Sumatera Barat menyatakan Bukik Batabuah merupakan kawasan yang paling teruk terjejas berbanding kawasan lain akibat bencana alam itu. Namun sehingga kini, mereka tidak dapat mengeluarkan maklumat secara terperinci tentang kerosakan serta jumlah mangsa yang hilang atau meninggal dunia. Sebagai peringatan, kejadian sebegini selalunya mengundang kekaguman dan keterujaan dalam masyararakat. Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap kejadian tesebut namun janganlah sampai terlalu taksub dan berlebihan dengan menganggap ia satu keajaiban, kerana Islam bukan begitu. - Viva. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube