SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirinya dirogol oleh seorang guru lelaki yang bertugas di sekolahnya. Dakwa mangsa, dia dirogol selepas diajak berkunjung ke rumah guru itu di Uttar Pradesh, India. Menurut polis, mangsa tiba-tiba berperangai pelik dan menyuarakan hasrat untuk tidak pergi ke sekolah pada Jumaat. Apabila ditanya oleh ibu bapanya, mangsa menceritakan pengalaman pahitnya menjadi mangsa kerakusan nafsu lelaki berkenaan. Ibu bapa mangsa terus membuat laporan polis terhadap guru itu. ARTIKEL BERKAITAN: Guru bercinta dengan pelajar siap meraba dalam kelas, pengetua enggan percaya laporan... Beri alasan ‘bini dia jauh lagi lawa’ Dalam pada itu, Penguasa Polis Tambahan (Timur) Durgesh Kumar Singh mengesahkan kejadian melibatkan guru dan murid di sebuah sekolah kerajaan itu. Satu kes didaftarkan terhadap tertuduh di bawah seksyen 376 (rogol) Kanun Keseksaan India dan seksyen Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual. Guru itu melarikan diri selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis. Usaha sedang dibuat untuk menangkap guru itu, kata Singh. - Deccan Herald. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube