suria

Tragis... Leher wanita dipaut dengan tali pinggang, diseret sebelum dirogol penyerang ketika pengsan

Imej rakaman kamera pengawasan memaparkan suspek memaut mangsa menggunakan tali pinggang.

TULAR sebuah video memaparkan seorang lelaki menyerang seorang wanita dengan menggunakan tali pinggang untuk memaut leher dan menyeretnya, sebelum merogol mangsa.

Video insiden berkenaan berjaya dirakam kamera pengawasan berhampiran lokasi kejadian.

Menurut polis New York City, suspek yang identitinya masih tidak diketahui, menyerang wanita itu di daerah Bronx sekitar pukul 3 pagi pada 1 Mei lalu.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang berjalan di sepanjang kaki lima apabila suspek menghampirinya dari belakang.

Suspek yang menutup sebahagian wajahnya dengan kain putih mengekori mangsa tanpa disedarinya.

Dia kemudian memaut leher mangsa dengan tali pinggang menyebabkan mangsa terjatuh.

Mangsa yang dilihat bergelut untuk melepaskan diri, diseret oleh suspek di kawasan kaki lima.

Mangsa diheret hingga tiba di antara dua kereta di mana dia dirogol semasa tidak sedarkan diri.

Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian manakala mangsa kini berada di NYC Health & Hospitals untuk rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

Polis sedang menyiasat kejadian itu dan sedang giat memburu suspek. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain