SEORANG pemuda dari Desa Langung, Aceh Barat, cedera parah gara-gara ditetak secara tiba-tiba ketika sedang melepak di sebuah kedai kopi di kampungnya. Kejadian berlaku pada malam Jumaat, ketika mangsa sedang minum kopi bersama bapanya sambil melayari internet menggunakan Wifi. Akibat serangan itu, mangsa yang dikenali sebagai Richy, 23, terpaksa dikejarkan ke Hospital Besar Wilayah (RSUD) Cut Nyak Dhien Meulaboh, kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian leher. Penyerangnya melarikan diri sebelum akhirnya berjaya diberkas polis di kawasan semak tidak jauh dari tempat kejadian. Ketua Polis Aceh Barat, AKBP Andi Kirana mengesahkan kejadian berkenaan sambil menambah, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut. "Mangsa kini dirawat di Hospital Daerah Cut Nyak Dhien Meulaboh. Dia terselamat, dan kita sudah menahan pelakunya," katanya. Setakat ini polis belum mendedahkan identiti suspek dan motif kejadian tetakan berkenaan. -Serambinews Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube