SEORANG pegawai kerajaan berpangkat tinggi di Indonesia menjadi tumpuan, gara-gara dirakamkan mengajak seorang YouTuber wanita dari Korea Selatan ke sebuah hotel. Lelaki berkenaan memegang jawatan ketua unit di sebuah jabatan kementerian, dari Sulawesi Tenggara, Indonesia. Susulan insiden itu, Kementerian Pengangkutan (Kemenhub) di Indonesia kini menggantung tugas pegawai bagi menyiasat kes tersebut. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihaknya amat kesal dengan video tular membabitkan kakitangannya. "Orang yang dikaitkan itu telah digantung tugasnya bagi memudahkan siasatan dan tindakan lanjut," kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Adita Irawati, di Jakarta, pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2.30 pagi pintu bilik hotel diketuk, suami terkejut isteri muncul tiba-tiba! Gigih datang dari Johor ke Langkawi nak ‘spot check’ ARTIKEL BERKAITAN: “Suami bagi tuala je” - Wanita gelabah bilik hotel diserbu pukul 2 pagi, nak tangkap khalwat tapi tak tunjuk kad kuasa Jika pegawai yang didakwa didapati benar melakukan perbuatan itu, dia akan dikenakan tindakan dalaman kerana disifatkan tidak menjaga imej sebagai penjawat awam. Dalam temubual dengan salah sebuah stesen televisyen tempatan, pegawai itu mengakui dia berasal dari Kendari. Dia tampil menjelaskan maksudnya dengan membawa YouTuber wanita daripada Korea Selatan itu, ke hotel. Dia mengaku wanita berkenaan mula bertanya di mana dia tinggal. Pegawai berkenaan mendakwa, video mengenai pelawaannya ke hotel itu melalui banyak suntingan dan tidak mempunyai konteks yang lengkap. "Selepas makan, dia bertanya kepada saya menginap di mana. Saya beritahu menginap di hotel, kalau nak singgah, silakan. Tapi pada dasarnya, video yang tular sudah disunting dan banyak bahagian yang dipotong," katanya, dipetik sebagai berkata dalam TVOne. - CNN Indonesia Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube