suria

Isteri simbah suami dengan asid sulfurik, berang selepas ternampak gambar nikah di Facebook

Suspek kes simbah asid mendakwa dirinya berang akibat perbuatan suaminya berkahwin lain. -Foto Polres Musi Banyuasin

SEORANG isteri di Musi Banyuasin, Sumatera Selatan, Indonesia nekad menyimbah suaminya dengan asid sulfurik, selepas mendapat tahu lelaki berkenaan bernikah dengan wanita lain.

Kejadian yang berlaku pada 21 April lalu bermula apabila suspek yang berusia 34 tahun dan merupakan seorang suri rumah, ternampak hantaran di media sosial memaparkan suaminya melangsungkan pernikahan.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis, AKP Susianto, perbuatan tersebut dilakukan suspek di kediamannya di Desa Babat, gara-gara terlalu berang dengan tindakan suaminya.

"Pelakunya seorang suri rumah yang menuang asid sulfurik (air keras) ke atas tubuh badan suaminya.

"Daripada hasil pemeriksaan, suspek mengakui kejadian bermula apabila dia ternampak posting di media sosial Facebook, gambar suaminya berkahwin dengan wanita lain," katanya.

Akibat tindakan suspek, suaminya mengalami kelecuran pada muka, tangan kiri dan kanan, dada dan perut.

Suspek turut lari dan menyembunyikan diri selepas melakukan perbuatan berkenaan, namun akhirnya menyerah diri kepada pada Rabu lalu.

Suspek yang didakwa di bawah akta keganasan rumah tangga bakal berdepan hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain