suria

Penduduk cuak jumpa bungkusan bergerak, rupanya bayi! Ditinggalkan ibu bersama sepucuk surat

Bayi perempuan tersebut dilaporkan berada dalam keadaan yang sihat. -Foto SuaraSurabaya

SEORANG bayi perempuan berusia 3 bulan ditinggalkan di hadapan rumah kejiranan Asem Jajar, Surabaya, Indonesia bersama sepucuk surat.

Bayi tersebut diletakkan di hadapan rumah seorang penduduk, Nicomarlib Junhuda, yang menemuinya ketika mahu keluar membeli barang.

Mencurigai bungkusan selimut yang bergerak itu, Nicomarlib mengambil keputusan untuk memeriksa bersama ibunya.

Bagaimanapun dia terkejut apabila mendapati seorang bayi perempuan di dalamnya, bersama sepucuk surat yang ditinggalkan oleh waris bayi tersebut.

"Bu (ibu), saya titip anak saya, untuk beberapa waktu bu. Tolong ya bu, nanti saya balik untuk ambil anak saya," demikian isi kandungan surat tersebut.

Ketua Pesuruhjaya Polis,Dwi Okta memberitahu bahawa bayi yang dijumpai itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan yang sihat.

Tambah Dwi Okta, polis daerah sedang melakukan siasatan terhadap kes tersebut memandangkan terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

"Bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan kini sedang menjalani saringan di Hospital Dr. Soetomo, dan kemudian akan diserahkan kepada Khidmat Sosial Penjagaan Balita (PSAB) Provinsi Jawa Timur untuk diserahkan kepada negeri.

"Dua individu yang terbabit masih belum dapat dikenal pasti kerana gambar CCTV kurang jelas, maka kes ini masih dalam proses penyelidikan,"jelas Dwi Okta. -Beritajatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain