suria

Tikam rakan guna badik sebanyak 28 kali, remaja 18 tahun berdepan hukuman mati

Suspek menikam rakannya sebanyak 28 kali dengan menggunakan badik. -Foto Detik.com

SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun berdepan dengan hukuman mati kerana didakwa membunuh rakan sekolahnya dengan niat.

Tertuduh yang dikenali sebagai HK, dari Mamuju, Sulawesi Barat, didakwa membunuh rakannya yang bernama Faril dengan menikam mangsa menggunakan badik sebanyak 28 kali.

Media tempatan melaporkan Faril ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa di Jalan Poros Topore-Toabo, pada petang Khamis.

Penduduk setempat menyangka Faril adalah mangsa kemalangan jalan raya dan mangsa segera dikejarkan ke hospital.

Berdasarkan hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan kecederaan mangsa bukan akibat kemalangan jalan raya sebaliknya kesan tikaman.

Polis yang menyiasat kes berkenaan berjaya memberkas suspek kurang 24 jam selepas penemuan mayat mangsa.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut ekoran dendam kerana sering dibuli mangsa ketika mereka belajar bersama di SMK Papalang. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain