SEORANG lelaki ditemukan mati dalam keadaan mayatnya dibungkus menggunakan kain sarung di kompleks perumahan Pamulang, Tangerang Selatan, Indonesia, pada Sabtu. Menurut polis, pemeriksaan mendapati terdapat kesan belahan pada leher mangsa yang menyebabkan kepalanya hampir putus daripada badan. "Mangsa ditemukan dalam keadaan lehernya dibelah, hampir putus," kata Ketua Polis Daerah Pamulang Komisioner Ghulam Nabi pada Sabtu. Selain kecederaan pada bahagian leher, Ghulam berkata terdapat kesan luka seperti tikaman pada tangan kiri mangsa. Tambah Ghulam, jari manis mangsa juga putus akibat terkena objek tajam. ARTIKEL BERKAITAN: Tragis... Leher wanita dipaut dengan tali pinggang, diseret sebelum dirogol penyerang ketika pengsan Pada awalnya, penduduk kampung menyangka bungkusan mayat itu adalah sampah. Selepas membuka bungkusan itu, penduduk kampung terus membuat laporan kepada pihak berkuasa. Menurut polis, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa. Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tangerang Selatan, AKP Alvino Cahyadi mengesahkan penahanan suspek pada hari yang sama. Namun mereka masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan kejam itu. - Detik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube