LELAKI Rusia, Anton Simutov ditahan atas dakwaan merogol seorang pelancong wanita dari Belarus ketika bercuti di Indonesia. Anton ditahan di Desa Benoa, Daerah Kuta Selatan di Bali selepas mangsa rogol itu membuat laporan kepada polis. Dakwa mangsa, kejadian rogol itu berlaku pada 19 April selepas mereka berkenalan menerusi aplikasi Telegram. ARTIKEL BERKAITAN: Remaja ajak 9 kawan rogol kekasih umur 14 tahun... Dua hari jadi mangsa pemuas nafsu dalam taman rimba Mangsa diajak ke vila yang didiami suspek untuk berparti, namun dia mendakwa dirogol oleh lelaki itu. Selain kes rogol, suspek juga ditahan atas dakwaan merosakkan dua buah vila di Badung, Bali pada 23 April. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Badung AKBP Teguh Priyo Wasono pada Sabtu. Menurut polis, suspek turut mengugut untuk membunuh kakitangan vila itu kerana berang apabila dia diminta membayar sewa. - Detik Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube