suria

Seluar tersangkut ketika panjat pagar, perompak wanita lari dalam keadaan separuh bogel... Pulang dengan tangan kosong

Suspek melarikan diri dalam keadaan separuh bogel selepas seluarnya tersangkut pada pagar.

PERCUBAAN seorang wanita yang mahu merompak sebuah kediaman gagal apabila seluar sukan yang dipakainya tersangkut pada jeriji pagar.

Kejadian itu menyebabkan mangsa tergantung pada pagar, malah seluarnya juga hampir tercabut, sekali gus menampakkan pakaian dalamnya.

Kejadian pada awal pagi 7 Mei di sebuah rumah di Maipú, berhampiran Santiago, Chile itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan kelihatan sedang bergelut untuk melepaskan dirinya yang tersangkut pada pagar.

Bagi mengelakkan daripada ditangkap, suspek menendang kasutnya bagi membolehkan dia mengeluarkan kaki daripada seluarnya.

Sebaik sahaja terjatuh, suspek dilaporkan berada dalam keadaan separuh berbogel dan menggunakan baju sejuknya sebagai seluar sementara.

Lebih malang, rakan suspek yang sedang menunggu langsung tidak membantu, sebaliknya terus melarikan diri menaiki sebuah kereta.

Namun suspek bagaimanapun sempat melarikan diri ketika pengawal keselamatan sedang bertukar syif. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain