suria

Lee Hsien Loong letak jawatan selepas 2 dekad berkhidmat sebagai PM Singapura

Hsien Loong menyerahkan surat peletakan jawatannya selepas dua dekad menjadi Perdana Menteri.

PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Menurutnya Hsien Loong, dia dan kerajaannya akan akan meletakkan jawatan pada Rabu.

Dalam surat itu, Hsien Loong menasihati presiden untuk menjemput Lawrence Wong bagi membentuk kerajaan seterusnya, lapor media pada Isnin.

Tharman menerima peletakan jawatan Hsien Loong dan berkata dia akan melantik Wong sebagai Perdana Menteri dan menjemputnya membentuk kerajaan baharu.

Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan memegang jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan baharu, umum Wong menerusi sebuah sidang media.

Kim Yong akan kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Perusahaab dan menggantikan Wong sebagai Pengerusi Penguasa Kewangan Kewangan Singapura.

Hsien Loong Lee dan Teo Chee Hean akan menjadi menteri kanan dalam kabinet baharu, kata Wong, yang akan kekal sebagai Menteri Kewangan.

Untuk rekod, Hsien Loong memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Singapura sejak 2004. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain