MAHKAMAH Daerah Tokyo menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang lelaki Jepun, Dai Sato kerana melakukan serangan seksual terhadap enam wanita. Menurut laporan, lelaki berusia 34 tahun itu yang juga bekas pegawai Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun melakukan jenayah berkenaan antara Julai dan Disember 2022. Menurut laporan mangsa-mangsanya, mereka tidak sedar diberikan pil tidur yang diletakkan di dalam minuman oleh tertuduh. Sato kemudiannya merogol mangsa-mansangnya di hotel dan restoran di sekitar Tokyo. "Ia adalah jenayah yang bahaya dan jahat dan boleh mengabaikan maruah mangsa. "Tiada keadaan yang boleh meringankan (hukuman) kerana ia adalah jenayah yang mementingkan diri sendiri," kata Ketua Hakim Yoshihisa Nakao. Ketika perbicaraan, pihak pendakwa raya meminta mahkamah untuk meningkatkan hukuman penjara selama 13 tahun. Namun mahkamah tetap dengan keputusan setelah tiga daripada enam mangsa dikhabarkan berdamai dengan tertuduh. Malah, Sato juga diberhentikan kerja pada tahun lalu. -Kyodo News Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube