suria

Remaja maut selepas sahut cabaran makan kerepek paling pedas di dunia, punca kematian akhirnya didedahkan

Remaja tersebut maut selepas menyertai trend online dikenali sebagai 'One Chip Challenge'. -Foto AP

SEORANG remaja lelaki berusia 14 tahun dari Massachusetts, Amerika Syarikat, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dia memakan cip (kerepek) tortilla yang mengandungi kepekatan tinggi sebatian kimia yang terdapat dalam serbuk cili.

Kejadian malang menimpa remaja tersebut berlaku pada September tahun lalu.

Bagaimanapun, punca kematiannya hanya diketahui pada Khamis baru-baru ini.

Menurut laporan media, remaja yang dikenali sebagai Harris Wolobah, mengalami kegagalan jantung kongenital.

Untuk rekod, pada September tahun lalu, Wolobah menyertai trend online dikenali sebagai 'One Chip Challenge', iaitu cabaran memakan sekeping kerepek tortilla paling pedas daripada syarikat pengeluar Paqui.

'One Chip Challenge' merupakan strategi pemasaran di mana sekeping cip tortilla diiklankan sebagai paling pedas di dunia.

Selepas insiden itu, jurucakap Paqui memberitahu bahawa cabaran itu hanya ditujukan untuk orang dewasa. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain